Segala yang berkaitan dengan pentadbiran, aktiviti2, perancangan program dan fail fail RT Kompleks Sukan Likas ada di sini

Semoga sukses selalu, salam perpisahan

From Majlis Perpisahan Md Ishak


Semoga berjumpa lagi.

Segala jasa dan sumbangan anda selama ini hanya Allah sahaja yang layak membalasnya.

Salam Perpisahan buat En. Mohd. Ishak Awang Bin Awang Besar.



Salam Perpisahan, Tahniah dan selamat menempuh hidup dan kerjaya baru.

Firstly. kami mengucapkan setinggi - tinggi tahniah buat warga Flat Persekutuan Km.5 yang juga salah seorang AJK RT KSL yang banyak memberi bantuan, sokongan, panduan, cadangan buat kita semua selama perjuangan kita ini bermula dari tahun 2004 lagi ianya ditubuhkan. En. Mohd. Ishak Bin Awang Besar, merupakan salah seorang warga Flapers 5, tidak terlambat untuk saya menceritakan disini beliau adalah kakitang di Jabatan Penerangan Malaysia cawangan Sabah, bermula sebagai pegawai Pembantu Penerangan S17 telah mendapat kenaikan pangkat ke gred S27 (di daerah Papar) melalui sistem KPSL (kalau tidak silap awal tahun ini juga, Shak sila komen untuk saya edit)dan baru baru ini telah dinaikkan pangkat sekali lagi ke jawatan Pegawai Penolong Penerangan S32, dan untuk mengisi jawatan ini yang buat masa ini tidak ada kekosongan di Negeri Sabah, beliau hendaklah bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Penerangan Malaysia. dan pada 17hb. Oktober ini bermulalah alam baru bagi beliau, kejiranan serba baru, suasana persekitaran, pekerjaan semua serba serbi baru, kami panjatkan doa agar beliau terus sukses dalam kerjaya dan keluarga. Amin.

P/S : majlis sambutan perpisahan untuk beliau akan diadakan di Surau Flapers 5, pada hari selasa (malam Rabu) ini pada lepas Maghrib ke Isyak. (Datang jangan tak datang) anjuran Surau Flapers yang mana beliau adalah merupakan Setiausaha Jawatan Kuasa Surau Flapers 5, dan kami pasti selepas ini beliau akan datang kembali buat seketika untuk menguruskan ahli keluarga beliau yang akan menyusul pada penghujung tahun ini.

TAHNIAH BAGI WARGA FLAT DI HARIJADI T.Y.T

ASSSALAMUALAIKUM...

Masih kita dalam bulan Syawal dan ucapan dari kami Ahli Jawatan Kuasa Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan mohon maaf, Maaf Zahir dan Batin sepanjang kita berjiran selama ini, terkasar bahasa, termakan, terminum , terumpat dan sebagainya kami memohon maaf, maaf, maaf zahir dan batin.

di kesempatan ini kami mengucapkan sekalung tahniah dan setinggi penghargaan buat warga Flat Persekutuan Km.5 (dan bekas warga Flapers.5) yang telah menerima anugerah darjah kebesaran sempena harijadi T.Y.T yang ke 62 tahun baru baru ini di Istana Negeri antara senarai nama tersebut adalah:

1: Pn. Normah Gagoh PGDK (beliau adalah bekas warga Flapers.5)
2: Pn. Maimonah Binti. Hj. Awang Ali
BSK.
3: En. Binetek Gimau
BK.
4: Pn. Hajjah Habib Saifah Binti Habib Ahmad
BK.

Tahniah sekali lagi dari kami warga RT KSL.