Segala yang berkaitan dengan pentadbiran, aktiviti2, perancangan program dan fail fail RT Kompleks Sukan Likas ada di sini

TAHNIAH BAGI WARGA FLAT DI HARIJADI T.Y.T

ASSSALAMUALAIKUM...

Masih kita dalam bulan Syawal dan ucapan dari kami Ahli Jawatan Kuasa Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan mohon maaf, Maaf Zahir dan Batin sepanjang kita berjiran selama ini, terkasar bahasa, termakan, terminum , terumpat dan sebagainya kami memohon maaf, maaf, maaf zahir dan batin.

di kesempatan ini kami mengucapkan sekalung tahniah dan setinggi penghargaan buat warga Flat Persekutuan Km.5 (dan bekas warga Flapers.5) yang telah menerima anugerah darjah kebesaran sempena harijadi T.Y.T yang ke 62 tahun baru baru ini di Istana Negeri antara senarai nama tersebut adalah:

1: Pn. Normah Gagoh PGDK (beliau adalah bekas warga Flapers.5)
2: Pn. Maimonah Binti. Hj. Awang Ali
BSK.
3: En. Binetek Gimau
BK.
4: Pn. Hajjah Habib Saifah Binti Habib Ahmad
BK.

Tahniah sekali lagi dari kami warga RT KSL.

Tiada ulasan: