Segala yang berkaitan dengan pentadbiran, aktiviti2, perancangan program dan fail fail RT Kompleks Sukan Likas ada di sini

Salam Perpisahan dan Selamat Maju Jaya

Dari kami warga Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas mengucapkan jutaan terima kasih terhadap sumbangan anda berdua sejak Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas ini di tubuhkan (200-2008) jasa dan sumbangan anda berdua dan keluarga tidak dapat kami lupakan disebalik kesibukan duniawi dan tugasan anda sebagai Pengarah Kesatuan Hal Ehwal Sekerja Negeri Sabah dan Puan Hajjah sebagai Pegawai HEM semangat, pengorbanan dan kesanggupan anda berdua memikul tanggung jawab sebagai Timbalan Pengerusi Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas, Pengerusi Surau Flat Persekutuan Km.5 dan buat Puan Hajjah Sharifah Ketua Jiran Wanita adalah satu contoh dan iktibar untuk kami semua dan kami warga RT KSL merasakan kehilangan yang amat besar yang sukar untuk dicari pengganti. Moga moga Allah SWT memberkati dan memberikan kepada anda dan keluarga kehidupan yang lebih baik dari sekarang, dan masa hadapan yang lebih gemilang, selamat menempuh alam kejiranan baru dan jika ada masa singgah dan jenguk jenguklah kami yang masih menumpang di KRT ini.

JAWATAN PENGERUSI BARU SURAU (MEMANGKU) : USTADZ HAFIZULAH
JAWATAN TIMBALAN PENGERUSI BARU RT KSL (MEMANGKU) : EN. KHAIRUDIN BAKAR.

Untuk Perhatian semua Majlis Perpisahan bagi kedua mereka ini akan diraikan pada 28Hb. Ogos 2008 Hari Khamis malam Jumaat) bertempat di Surau Flat Persekutuan Km.5, bermula selepas jam 6.30 petang. Aturcara sambutan majlis
: Sembahyang Maghrib.
: Bacaan Yasin dan Tahlil.
: Tazkirah, Kenduri Menyambut Awal Ramadhan dan Doa Selamat.
: Penyampaian Cenderakenagan dan sijil penghargaan.
: Sembahyang Isyak.
: Makan malam - bersurai.

Posted by Picasa