Segala yang berkaitan dengan pentadbiran, aktiviti2, perancangan program dan fail fail RT Kompleks Sukan Likas ada di sini

MOREH SEPANJANG RAMADHAN




Ruj. Kami : RTKSL/S/001(0908)

Tarikh : 31Hb. Ogos - 2008

Kepada :

Semua Penghuni Flat Persekutuan Km.5,

Jalan Kompleks Sukan Likas,

Kota Kinabalu.

Tuan /Puan,


PER : SUMBANGAN RAMADHAN AL-MUBARAQ (MOREH).


Kepada tuan - puan yang ingin ber AMAL JARIAH sempena Bulan Ramadhan Al Mubaraq ini bolehlah menghantar terus ke surau mengikut tarikh – tarikh yang ditetapkan ini (Lampiran disertakan). JADUAL INI HANYA CADANGAN SAHAJA DAN TIADA PAKSAAN DALAM AMALAN BERSEDEKAH. Perubahan terkini terdapat melalui papan kenyataan di Surau Flat Persekutuan Km.5.

2. (Untuk mengelakkan pembaziran dan persamaan menu, bagi sesiapa yang tidak bersetuju kepada tarikh yang ditetapkan bolehlah bertukar secara suka sama suka dengan jiran anda dan bagi yang tidak mempunyai masa dan hanya ingin menyumbang wang ringgit sahaja bolehlah berhubung terus dengan Pengerusi Surau (Ustadz Hafizullah 019-8608724) @ Pengerusi RT KSL (Abd Latiff Hj. Muluk 088-243069 Rmh. / 019-8612758)

3. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan puan, moga moga segala amal yang kita kerjakan sepanjang Bulan Ramadahan Al Mubaraq ini diterima dan mendapat Redha dari Nya. Amin…


Sekian, Terima Kasih.







Ramadhan Al Mubaraq