Tarikh : 14Hb. Ogos 2008
Kepada :
Kakitangan Pejabat SUPS.
Penghuni Flat Persekutuan Km.5,
Jalan Kompleks Sukan Likas,
88400Kota Kinabalu.
Tuan – Puan , Datuk – Datin.
PER : Sambutan Israk Miraj dan Majlis Kenduri (Akikah).
Adalah saya mewakili Kawasan Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas
 dengan ini segala besar hatinya memaklumkan kepada tuan – puan ,
Datuk – Datin mengenai perkara di atas..
Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas dengan kerjasama Jawatankuasa
Surau Flat Persekutuan Km. 5 akan menganjurkan Sambutan Israk Miraj
         pada  17Hb. Ogos 2008.
Aturcara :
|      7.00 pagi :  |         Sarapan.  |   
|      7.30 pagi :  |         Berkumpul di tepi belakang Surau Flat Persekutuan Km.5 untuk bergotong royong memotong, melapah sapi (sebanyak 2 ekor)  |   
|      11.00pagi:  |         Makan tengah hari.  |   
|      6.30 ptg. :  |         Sembahyang Maghrib.  |   
|      6.50mlm.:  |         Ceramah dan slideshow Israk Miraj oleh Ustadz Norzam Bin Mohd. Senin (S.M.K Perempuan Likas).  |   
|      7.55mlm.:  |         Sembahyang Isyak.  |   
|      8.20mlm.:  |         Kenduri Doa Selamat.  |   
|      8.35mlm.:  |         Makan dan bersurai.  |   
3.         Segala sumbangan (makanan atau wang ringgit) bagi menjayakan majlis
           ini adalah dialu – alukan dan pihak kami mendahului dengan ucapaan
           jutaan terima kasih hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala
jasa baik tuan - puan.
Sekian.



