Segala yang berkaitan dengan pentadbiran, aktiviti2, perancangan program dan fail fail RT Kompleks Sukan Likas ada di sini

Persiapan Open House raya.

Jiran Muda RT KSL bertungkus lumus mengadakan persiapan untuk program Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri yang akan kami adakan pada besok malam 10/11/2007
inilah belia harapan bangsa dan negara.

Tanpa mengharapkan imbalan dan dengan nawaitu yang ikhlas mereka melaksanakan tugasan yang diberi dengan segala senang hati dan semangat yang tinggi diketuai oleh Ketua Jiran Muda Sdr. Azlan Nasiruddin alias Atai dan diselia oleh Sdr. Mohd. Fikri Suhaili bekas Ketua Jiran Muda penggal sebelum ini yang kini cuma dapat membantu apabila cuti semester (sabtu dan ahad) kerana beliau masih melanjutkan pelajaran di Politeknik Kota Kinabalu tidak ketinggalan juga (dalam gambar) Jiran muda dikalangan anak anak gadis warga RT KSL (kebanyakannya anak buah si Atai) yang bertungkus lumus menghias Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km.5 ini.

Fishing Boat for sale

click pic below for more ..

boat for sale


spec:
Length around 25 to 30 feet me and owner teka ja...
fishing licence permit still valid.
come with 135Hp engine (Mercury)
complete with life jacket and the owner said he will cat balik (paint)
reason to sale : owner so busy as officer and now have another boat (small onelah but lagi senang mainain) on behalf of my AJK i just help him lah just call me for more detail or i will arrange u all to meet him about the price (selling for RM30k can negotiate maa..)

Pada 8/11/2007 jam 3.30 petang satu jemputan ke majlis kenduri akikah anak kepada AJK RT KSL Flat Persekutuan Jalan Bukit Bendera telah diadakan Tn. Haji Mejar Mohd Zain (Pengerusi PERHEBAT) dan Pn. Hajjah Hayati Hamzah merupakan dua orang kuat RT KSL sejak mulanya ditubuhkan pada tahun 2004. bila masa terluang sahaja cukup dengan sms jika tiadanya kesibukkan kedua dua AJK ini pasti hadir ke mesyuarat yang biasanya dilaksanakan pada sebelah malam. Tn. Haji Mejar Mohd. Zain juga merupakan juru audit bagi RT KSL.
tahniah dari kami warga kerja RT KSL atas kelahiran anak perempuan pasangan bahagia ini.
Akikah anak Tn. Hj. Mejar mohd. Zain




jemputan menghadiri Open House Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas pada 10Hb. November 2007 jam 7.30 malam hingga 10.30 malam di Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km.5,
semua warga RT KSL, bekas penghuni Flat Persekutuan Km.5, warga Rukun Tetangga Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu dan staff Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah dijemput hadir. marilah beramai ramai dantang dan saling maaf memaafkan Maaf Zahir dan Batin dari kami warga kerja RT KSL.
p/s : pada jam 2.30 petang pada hari yang sama jemputan untuk serama 20 orang AJK RT dari setiap KRT Bandaraya hadir ke majlis rumah terbuka anjuran JPNIN Negeri Sabah di Dewan MAKSAK, Kompleks Sukan Likas. AJK sila berhubung dengan Pengerusi KRT masing masing untuk penjelasan lebih lanjut.

open house rumah Ahchong

Jam 4 petang pada hari yang sama Pengerusi dan AJK berkumpul di rumah bekas dua orang kuat RT KSL pada dua penggal yang lepas iaitu AJK RT KSL dan merupakan bendahari RT Encik Nisham bin Shoib dan Pn. Normala Jamaluddin kedua duanya merupakan penggerak penggerak utama dalam kesinambungan perjuangan RT KSL pada masa yang lepas.Hanya Allah sahaja yang layak membalas segala keikhlasan anda berdua dalam menggerakan kesinambungan perjuangan RT KSL sebelum ini
open house bekas AJK RT KSL

Akikah dan Open House Ustaz Hafizullah

Selepas Open House KRT Taman Puterajaya Pengerusi dan Ajk bergegas ke Majlis Akikah dan Open House Ketua Biro Pendidikan dan Syukbah Surau Flat Persekutuan Km.5 Ustaz Hafizullah yang mengajar di SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu selainnya ada di sini
Akikah anak Ustaz Hafizullah

Open House KRT Taman Puterajaya, Telipok.

open house KRT Tmn. Puterajaya, Telipok
Pada 4Hb. November 2007 satu majlis open house sempena hari raya Aidil Fitri anjuran KRT Taman Puterajaya telah diadakan. dan dengan semangat perpaduan Pengerusi telah menghadirkan diri ke majlis tersebut.