Segala yang berkaitan dengan pentadbiran, aktiviti2, perancangan program dan fail fail RT Kompleks Sukan Likas ada di sini

Ruj.Kami:RTKSL/H(0808/01)
Ruj. Tuan :

Tarikh : 14Hb. Ogos 2008

Kepada :


Kakitangan Pejabat SUPS.

Penghuni Flat Persekutuan Km.5,

Jalan Kompleks Sukan Likas,

88400Kota Kinabalu.


Tuan – Puan , Datuk – Datin.


PER : Sambutan Israk Miraj dan Majlis Kenduri (Akikah).


Adalah saya mewakili Kawasan Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas

dengan ini segala besar hatinya memaklumkan kepada tuan – puan ,

Datuk – Datin mengenai perkara di atas..


  1. Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas dengan kerjasama Jawatankuasa

Surau Flat Persekutuan Km. 5 akan menganjurkan Sambutan Israk Miraj

pada 17Hb. Ogos 2008.

Aturcara :

7.00 pagi :

Sarapan.

7.30 pagi :

Berkumpul di tepi belakang Surau Flat Persekutuan Km.5 untuk bergotong royong memotong, melapah sapi (sebanyak 2 ekor)

11.00pagi:

Makan tengah hari.

6.30 ptg. :

Sembahyang Maghrib.

6.50mlm.:

Ceramah dan slideshow Israk Miraj oleh Ustadz Norzam Bin Mohd. Senin

(S.M.K Perempuan Likas).

7.55mlm.:

Sembahyang Isyak.

8.20mlm.:

Kenduri Doa Selamat.

8.35mlm.:

Makan dan bersurai.


3. Segala sumbangan (makanan atau wang ringgit) bagi menjayakan majlis

ini adalah dialu – alukan dan pihak kami mendahului dengan ucapaan

jutaan terima kasih hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala

jasa baik tuan - puan.

Sekian.




JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT



Tiada ulasan: