Segala yang berkaitan dengan pentadbiran, aktiviti2, perancangan program dan fail fail RT Kompleks Sukan Likas ada di sini

PER : MESYUARAT RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS (FLAT PERSEKUTUAN KM.5)

Kepada :

AJK RT KSL.
AJK Jiran Wanita RT KSL,
AJK Jiran Muda RT KSL,
Semua Penghuni Baru,
Ahli RT Flat Persekutuan Km.5,
Kota Kinabalu.


Tuan Puan.

PER : MESYUARAT RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS (FLAT PERSEKUTUAN KM.5)

TARIKH : 06Hb. JANUARI 2008 (AHAD).
MASA : JAM 2.00 PETANG.
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA FLAT PERSEKUTUAN KM.5.


Agenda :

1. Ucapan alu aluan Pengerusi Rukun Tetangga KSL.
2. Perutusan Penolong Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah (Pn. Norhisham Bt. Hassan).
3. Sessi suai kenal bersama warga baru Flat Persekutuan Km.5.
4. Perbincangan mengenai penambah baikan organisasi RT KSL (Flat Persekutuan Km.5).
5. Pembentangan laporan kewangan oleh Bendahari RT KSL.
6. Perbincangan dan perancangan program / aktiviti bagi Tahun 2008.
7. Hal - hal lain.

Kehadiran tuan - puan adalah penting untuk kami pada masa mesyuarat ini untuk mendapatkan maklum balas , cadangan , kritikan dari pehak tuan - puan agar program program yang ingin dijayakan kelak akan dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan meriah.

Sekian, Terima Kasih

Tiada ulasan: