Segala yang berkaitan dengan pentadbiran, aktiviti2, perancangan program dan fail fail RT Kompleks Sukan Likas ada di sini

Mesyuarat JPTP Tabika Perpaduan

Mesyuarat JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan Km.5 telah diadakan pada Ahad 3Hb. ebruari 2008 jam 4.00 petang walaupun saya tidak dapat jhadir atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan. dan antara yang saya ketahui salah satu agenda utama dalam mesyuarat ini adalah penganjuran Sukaneka peringkat Bandaraya Kota Kinabalu yang akan dianjurkan oleh Tabika Perpaaduan Kompleks Sukan Likas ini (tugas yang amat berat bagi Tabika yang cuma ada lebih kurang 28 murid) anyway Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas akan membantu sedaya upaya dalam program ini kelak yang dijangka akan di adakan pada bulan April, nantikan perkembangan dari kami mengenai Program ini...
Pada pagi 19Hb. Januari Program Senamrobik anjuran RT KSL dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah telah diadakan di Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km. 5, (atas kesilapan teknikal tarikh dan jam kamera RT KSL adalah salah)
the rest are here :

Mari bersenamrobik

Jom beramai ramai kita bersenam robik pada 19012008 (hari Sabtu) ini pada jam 7.00 pagi hingga jam 8.00 pagi anjuran RT KSL dengan Jabatan Belia Dan Sukan bertempat di dewan Serbaguna Flat persekutuan Km.5. Acara ini akan dijadikan sebagai acara bulanan yang akan diadakan pada sabtu ketiga (3) setiap bulan.
datang jangan tak datang....

Mesyuarat pemilihan JPTP Tabika Perpaduan KSL

Mesyuarat Pemilihan Jawatan Kuasa JPTP bagi penggal 2008 telah diadakan pada 12 Hb Januari 2008 jam 4.00 petang bertempat di Tabika Perpaduan Kompleks Sukan Likas
Hasil Pemilihan adalah:

Pengerusi :Pn. Aidha Adha
Timbalan Pengerusi :En. Mohd. Zamani.
Setiausaha : Cikgu Catherine Lee.
Bendahari : Cik Sumiam Rosiman.
Ahli Jawatan Kuasa Induk :
  1. En. Ismail Daim.
  2. Pn. Siti Waliah Hj. Sidah.
  3. En. Mostarlim.
  4. Pn. Nor Khatijah.
  5. Pn. Maimah.
  6. Pn. Halijah.
  7. En. Steven.

Juru Audit 1 : Abd Latiff Bin Hj. Muluk.

Juru Audit 2 : Pn. Suzana.

semasa mesyuarat :


MESYUARAT RT KSL BERSAMA PENGHUNI BARU FLAT

Mesyuarat RT KSL bersama penghuni penghuni baru Flat Persekutuan Km.5 baru sahaja selesai pada jam 4.30 petang Ahad 06-01-2008 banyak visi dan agenda baru dikemukakan dan akan dilaksanakan sepanjang tahun 2008 ini kita nantikan sahaja perkembangannya di masa masa akan datang dan untuk pengetahuan semua penghuni / warga Flat Persekutuan Km.5 telah ditetapkan pada mesyuarat ini iaitu aktiviti senam robik akan dijalankan pada setiap hari Sabtu minggu ke tiga setiap bulan bermula pada jam 7.00 pagi hingga 8.30 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km.5 atau mungkin di hadapan Suaru Flat (akan dimaklumkan kelak) dan yang pasti akan bermula pada 12Hb.Januari 2008 ini pihak RT KSL akan memberikan saguhati kepada jurulatih senam robik yang akan diuruskan oleh Encik Khairuddin bin Bakar peserta Program Integrasi Nasional

Gambar semasa mesyuarat :

PER : MESYUARAT RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS (FLAT PERSEKUTUAN KM.5)

Kepada :

AJK RT KSL.
AJK Jiran Wanita RT KSL,
AJK Jiran Muda RT KSL,
Semua Penghuni Baru,
Ahli RT Flat Persekutuan Km.5,
Kota Kinabalu.


Tuan Puan.

PER : MESYUARAT RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS (FLAT PERSEKUTUAN KM.5)

TARIKH : 06Hb. JANUARI 2008 (AHAD).
MASA : JAM 2.00 PETANG.
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA FLAT PERSEKUTUAN KM.5.


Agenda :

1. Ucapan alu aluan Pengerusi Rukun Tetangga KSL.
2. Perutusan Penolong Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah (Pn. Norhisham Bt. Hassan).
3. Sessi suai kenal bersama warga baru Flat Persekutuan Km.5.
4. Perbincangan mengenai penambah baikan organisasi RT KSL (Flat Persekutuan Km.5).
5. Pembentangan laporan kewangan oleh Bendahari RT KSL.
6. Perbincangan dan perancangan program / aktiviti bagi Tahun 2008.
7. Hal - hal lain.

Kehadiran tuan - puan adalah penting untuk kami pada masa mesyuarat ini untuk mendapatkan maklum balas , cadangan , kritikan dari pehak tuan - puan agar program program yang ingin dijayakan kelak akan dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan meriah.

Sekian, Terima Kasih