Segala yang berkaitan dengan pentadbiran, aktiviti2, perancangan program dan fail fail RT Kompleks Sukan Likas ada di sini

ceramah agama dan majlis berbuka puasa


ceramah agama dan majlis berbuka puasa peringkat bandaraya Kota kinabalu dengan kerjasama RT KSL

kunjungan hormat kepada Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah



kunjungan hormat bersama Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas terhadap Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah yang bakal bersara Datuk Amirudin Abdullah
dengan harapan selamat menempuh alam persaraan dan mengharapkan agar hubungan intim dengan pentadbiran baru berkekalan hendaknya (dalam gambar balasan cendera kenangan dari pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah Kepada pehak RT KSL)

Weekend Champ , Rakan Muda Jiran Muda


poolside,kompleks sukan Likas. Pelancaran weekendchamp Rakan Muda Jiran Muda anjuran KRT Kompleks Sukan Likas dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah dan Sabah Karate Do, seramai 45 peserta yang terdiri dari jiran muda dalam zon komuniti RT KSL mengikuti program tersebut yang akan dijalankan selama 14 minggu dan 2 lagi program yang mmembabitkan peserta program tersebut dirancang akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi mengisi masa lapang mereka yang terluang sempena musim cuti persekolahan ini

gambar pusat kegiatan Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas.
Beroperasi dari tempat utama di flat persekutuan Km.5, satu kawasan kediaman yang menempatkan kakitangan kerajaan dari pelbagai Jabatan Persekutuan di Negeri Sabah. terdiri dari pelbagai skil dari kumpulan sokongan hinggalah pegawai profesional, majoriti pegawai tinggi dan pengarah tinggal di sini

seminar motivasi untuk persediaan pelajar ke UPSR