SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAQ..
SEMOGA AMALAN KITA DI BULAN INI DIREDHAI OLEH ALLAH S.W.T
Segala yang berkaitan dengan pentadbiran, aktiviti2, perancangan program dan fail fail RT Kompleks Sukan Likas ada di sini
Dari kami warga Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas mengucapkan jutaan terima kasih terhadap sumbangan anda berdua sejak Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas ini di tubuhkan (200-2008) jasa dan sumbangan anda berdua dan keluarga tidak dapat kami lupakan disebalik kesibukan duniawi dan tugasan anda sebagai Pengarah Kesatuan Hal Ehwal Sekerja Negeri Sabah dan Puan Hajjah sebagai Pegawai HEM semangat, pengorbanan dan kesanggupan anda berdua memikul tanggung jawab sebagai Timbalan Pengerusi Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas, Pengerusi Surau Flat Persekutuan Km.5 dan buat Puan Hajjah Sharifah Ketua Jiran Wanita adalah satu contoh dan iktibar untuk kami semua dan kami warga RT KSL merasakan kehilangan yang amat besar yang sukar untuk dicari pengganti. Moga moga Allah SWT memberkati dan memberikan kepada anda dan keluarga kehidupan yang lebih baik dari sekarang, dan masa hadapan yang lebih gemilang, selamat menempuh alam kejiranan baru dan jika ada masa singgah dan jenguk jenguklah kami yang masih menumpang di KRT ini.
Tarikh : 14Hb. Ogos 2008
Kepada :
Kakitangan Pejabat SUPS.
Penghuni Flat Persekutuan Km.5,
Jalan Kompleks Sukan Likas,
88400Kota Kinabalu.
Tuan – Puan , Datuk – Datin.
PER : Sambutan Israk Miraj dan Majlis Kenduri (Akikah).
Adalah saya mewakili Kawasan Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas
dengan ini segala besar hatinya memaklumkan kepada tuan – puan ,
Datuk – Datin mengenai perkara di atas..
Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas dengan kerjasama Jawatankuasa
Surau Flat Persekutuan Km. 5 akan menganjurkan Sambutan Israk Miraj
pada 17Hb. Ogos 2008.
Aturcara :
| 7.00 pagi : | Sarapan. |
| 7.30 pagi : | Berkumpul di tepi belakang Surau Flat Persekutuan Km.5 untuk bergotong royong memotong, melapah sapi (sebanyak 2 ekor) |
| 11.00pagi: | Makan tengah hari. |
| 6.30 ptg. : | Sembahyang Maghrib. |
| 6.50mlm.: | Ceramah dan slideshow Israk Miraj oleh Ustadz Norzam Bin Mohd. Senin (S.M.K Perempuan Likas). |
| 7.55mlm.: | Sembahyang Isyak. |
| 8.20mlm.: | Kenduri Doa Selamat. |
| 8.35mlm.: | Makan dan bersurai. |
3. Segala sumbangan (makanan atau wang ringgit) bagi menjayakan majlis
ini adalah dialu – alukan dan pihak kami mendahului dengan ucapaan
jutaan terima kasih hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala
jasa baik tuan - puan.
Sekian.
| From Lawatan kekra... |