Segala yang berkaitan dengan pentadbiran, aktiviti2, perancangan program dan fail fail RT Kompleks Sukan Likas ada di sini

Salam Perpisahan dan Selamat Maju Jaya

Dari kami warga Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas mengucapkan jutaan terima kasih terhadap sumbangan anda berdua sejak Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas ini di tubuhkan (200-2008) jasa dan sumbangan anda berdua dan keluarga tidak dapat kami lupakan disebalik kesibukan duniawi dan tugasan anda sebagai Pengarah Kesatuan Hal Ehwal Sekerja Negeri Sabah dan Puan Hajjah sebagai Pegawai HEM semangat, pengorbanan dan kesanggupan anda berdua memikul tanggung jawab sebagai Timbalan Pengerusi Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas, Pengerusi Surau Flat Persekutuan Km.5 dan buat Puan Hajjah Sharifah Ketua Jiran Wanita adalah satu contoh dan iktibar untuk kami semua dan kami warga RT KSL merasakan kehilangan yang amat besar yang sukar untuk dicari pengganti. Moga moga Allah SWT memberkati dan memberikan kepada anda dan keluarga kehidupan yang lebih baik dari sekarang, dan masa hadapan yang lebih gemilang, selamat menempuh alam kejiranan baru dan jika ada masa singgah dan jenguk jenguklah kami yang masih menumpang di KRT ini.

JAWATAN PENGERUSI BARU SURAU (MEMANGKU) : USTADZ HAFIZULAH
JAWATAN TIMBALAN PENGERUSI BARU RT KSL (MEMANGKU) : EN. KHAIRUDIN BAKAR.

Untuk Perhatian semua Majlis Perpisahan bagi kedua mereka ini akan diraikan pada 28Hb. Ogos 2008 Hari Khamis malam Jumaat) bertempat di Surau Flat Persekutuan Km.5, bermula selepas jam 6.30 petang. Aturcara sambutan majlis
: Sembahyang Maghrib.
: Bacaan Yasin dan Tahlil.
: Tazkirah, Kenduri Menyambut Awal Ramadhan dan Doa Selamat.
: Penyampaian Cenderakenagan dan sijil penghargaan.
: Sembahyang Isyak.
: Makan malam - bersurai.

Posted by Picasa
Ruj.Kami:RTKSL/H(0808/01)
Ruj. Tuan :

Tarikh : 14Hb. Ogos 2008

Kepada :


Kakitangan Pejabat SUPS.

Penghuni Flat Persekutuan Km.5,

Jalan Kompleks Sukan Likas,

88400Kota Kinabalu.


Tuan – Puan , Datuk – Datin.


PER : Sambutan Israk Miraj dan Majlis Kenduri (Akikah).


Adalah saya mewakili Kawasan Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas

dengan ini segala besar hatinya memaklumkan kepada tuan – puan ,

Datuk – Datin mengenai perkara di atas..


  1. Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas dengan kerjasama Jawatankuasa

Surau Flat Persekutuan Km. 5 akan menganjurkan Sambutan Israk Miraj

pada 17Hb. Ogos 2008.

Aturcara :

7.00 pagi :

Sarapan.

7.30 pagi :

Berkumpul di tepi belakang Surau Flat Persekutuan Km.5 untuk bergotong royong memotong, melapah sapi (sebanyak 2 ekor)

11.00pagi:

Makan tengah hari.

6.30 ptg. :

Sembahyang Maghrib.

6.50mlm.:

Ceramah dan slideshow Israk Miraj oleh Ustadz Norzam Bin Mohd. Senin

(S.M.K Perempuan Likas).

7.55mlm.:

Sembahyang Isyak.

8.20mlm.:

Kenduri Doa Selamat.

8.35mlm.:

Makan dan bersurai.


3. Segala sumbangan (makanan atau wang ringgit) bagi menjayakan majlis

ini adalah dialu – alukan dan pihak kami mendahului dengan ucapaan

jutaan terima kasih hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala

jasa baik tuan - puan.

Sekian.




JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT



Ruj. Kami : RTKSL/HM/001(0708)

Ruj. Tuan :

Tarikh : 17Hb. Julai – 2008


Kepada :


Ahli Jawatan Kuasa RT KSL.

Penghuni Baru dan Ahli Rukun Tetangga,

Flat Persekutuan Km.5,

Jalan Kompleks Sukan Likas,

88400 Kota Kinabalu.


PER: MAKLUMAN MENGENAI MESYUARAT PADA 16HB. JULAI 2008.


Adalah saya selaku Pengerusi Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas (RT KSL) dan juga jawatan kuasa penduduk yang diiktiraf oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah (PSUPS) memaklumkan kepada semua penghuni Flat Persekutuan Km.5 mengenai berberapa perkara yang diperbincangkan semasa mesyuarat penghuni pada 16Hb. Julai 2008.


1. SYARIKAT PENGAWAL KESELAMATAN: Perkhidmatan kawalan keselamatan telah ditamatkan kontrak perkhidmatan mereka berkuat kuasa pada 16Hb. Julai 2008 bermula pada jam 12.00 tengah malam.
2. PEMAKAIAN DEWAN: Satu ketetapan dari mesyuarat bersama PSUP pada 12Hb. Mei 2008 di bilik mesyuarat PSUPS memberi kuasa kepada Jawatan Kuasa RT KSL mengendali, mengawalselia pemakaian Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km.5, dan diputuskan pada mesyuarat RT KSL Bil. 01/0708 satu Jawatan Kuasa mengenai penggunaan dewan ini telah dibentuk, segala urusan pemakaian dewan hendaklah berhubung terus kepada Pengerusi RT KSL (019-8612758), Bendahari (En. Haidir Abdullah 014-8740100) atau Ketua Unit Biro Harta dan Inventori En. Abd. Rashid (019-5300575) duplikat kunci, buku log, jadual pemakaian dewan, syarat-syarat dan terma pemakaian, surat aku janji bagi peserta Karate-Do atau sebarang penggunaan secara percuma (jika diluluskan) akan disediakan pada masa terdekat.
3.PERTANGGUNGJAWABAN SESAMA PENGHUNI: Atas kesedaran “kediaman ku tanggung jawab ku” dan demi keharmonian, keselamatan dan keselesaan sesama kita, kami menyeru dan merayu kepada semua penghuni agar mengambil inisiatif dan secara sukarela melaksanakan perkara berikut:
1.Menghidup dan mematikan lampu bahagian bawah blok masing – masing pada jam 6.00 petang dan 6.00 pagi.
2.Menurunkan dan menaikkan penghadang pintu utama pada atau selepas jam 12.00 malam ketika keluar masuk kawasan Flat Persekutuan (akan dikaji semula selepas RT KSL mendapat maklum balas dari Ibu Pejabat Polis Bandaraya Kota Kinabalu)
3.Melihat dan mengambil sendiri bil – bil eletrik yang terbaru di tempat biasa (pondok keselamatan).
4.Mempastikan lot – lot parking yang telah dikhaskan dipatuhi arahannya.
5.Mematuhi pekeliling bagi menduduki Rumah Kediaman yang disediakan oleh kerajaan yang (antaranya telah pun dibangkitkan semasa mesyuarat bersama PSUPS) seperti membabitkan diri pada sebarang acara atau aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan, menjemur kain dan sebagainya di kawasan awam / terbuka, memelihara kucing, memandu laju di jalan raya baru yang tidak berbonggol dan lain – lain perkara membabitkan kepentingan bersama yang termaktub di dalam pekeliling perkhidmatan.

4.PERANCANGAN PROGRAM AKAN DATANG: Antara program terdekat yang akan dilaksanakan antaranya Sambutan Ishra Mikraj di Surau Flat Persekutuan, Hari Keluarga Flat Persekutuan cadangan pada 10Hb. Ogos 2008 dan mengadakan kembali kelas KAFA (untuk mendapatkan penyertaan anda sila taip nama pemohon jarak blok rumah jarak umur jarak minima – maksima bayaran bulanan dan hantar / sms ke 019-8612758 contoh ABD.LATIFF BIN HJ.MULUK D4-4 8THN. RM5-10) setelah senarai nama ini lengkap dan mencukupi jumlah penyertaan maka satu mesyuarat bersama mengenai hal ini akan diadakan .


Sekian, Terima Kasih.
Jemputan mesyuarat RT KSL bil: 01/0708

Lawatan Jiran Wanita ke Pusat Kraftangan

Yang ini adalah program lepas yang telah berlalu dan atas kesibukkan saya rentetan dari mula mengenai program ini saya kurang arif dan segala urusan mengenai telah diatur oleh Pengerusi Jiran Wanita Puan Hajjah Sharifah GhulHassan untuk puan Hajjah ..nanti jika ada program mungkin puan boleh hantar berita mengenai hal ini terus ke laman ini untuk melengkapkan jalan cerita...

From Lawatan kekra...

Sukaneka Tabika Perpaduan Peringkat Bandaraya K.K.

Maaf lambat post mengenai program ini yang mana Tabika Perpaduan Flat Persekutuan Km.5 adalah penganjur program ini dibantu oleh beberapa guruguru Tabika Perpaduan lain dan manakala Jiran Muda RTKSL adalah tenaga penggerak dari segi teknikal terima kasih dan syabas diucapkan terhadap bantuan dan kerjasama anda

From SUKAN PERPADU...

Mesyuarat Bersama Dato` Ismail Wadin

Antara isu yang disampaikan oleh Pengerusi RT bersama AJK RT KSL yang hadir (Hj. Rahman Mintek, Pn. SAlmah Labulla, Pn. Aida Adanta, Datu Jamigul, Abd. Rashid Awang Tuah, Pn. Iswalah antara nama yang saya ingat hadir pada masa tersebut) :

MESYUARAT PERSATUAN PENGHUNI BERSAMA Y.BHG DATUK
ISMAIL HJ. WADIN SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH


BIL.1 TAHUN 2008.
TEMPAT : BILIK MESYUARAT PSUPS.
JAM : 9.00 PAGI.
TARIKH: ISNIN 12HB. MEI 2008.

ISU, PENAMBAHBAIKKAN YANG DI UTARAKAN :


1. PERIHAL PARKING LOT.

- MENGADAKAN BANCIAN LOT DAN PENANDAAN PARKING.

Tindakan: telah dilaksanakan terima kasih Dato`


- BAGI PENGHUNI FLAPERS DI BLOK D DAN E YANG MENGHADAPI MASALAH RUANG PARKING YANG TIDAK MENCUKUPI AGAR CADANGAN MEMBINA KAWASAN PARKING BERBUMBUNG DI HADAPAN BLOK TERBABIT DISEGERAKAN,Tindakan: Akan dilaksanakan.

- MANAKALA MEMOHON MENCADANGKAN AGAR PIHAK PSUPS DAPAT MEMAKLUMKAN KEPADA PENGHUNI SISTEM PARKING DI BAWAH BLOK TERSEBUT (D DAN E) ADALAH BERDASARKAN YANG DAHULU MASUK DI DAHULUKAN (PENGHUNI YANG TELAH LAMA MENDIAMI KAWASAN FLAPERS ADALAH LEBIH LAYAK / BERHAK UNTUK MENDUDUKI RUANG PARKING YANG TELAH DIKOSONGKAN OLEH PENGHUNI YANG KELUAR)

Tindakan: terkini PSUPS mengadakan sistem penandaan Lot Parking bernombor untuk setiap lot rumah. dan pehak RT KSL memohon agar penguatkuasaan perkara ini bermula apabila sahaja atap berbumbung bagi pemilik lot di kawasn trbuka siap di bena.


2. PERIHAL BIL AIR.

- MERAYU KEPADA PSUPS MENCADANGKAN KAEDAH TERBAIK DALAM MEMUDAHCARAKAN SISTEM PEMBAYARAN BIL AIR DAN MENYEGERAKAN PERLAKSANAAN SISTEM METER INDIVIDU.

Tindakan: banyak idea telah ditimbulkan semasa perbincangan ini yang pasti belum dapat diputuskan.


3. MASALAH KEBERSIHAN.

- MEMOHON DISEDIAKAN TONG SAMPAH KECIL DI BAWAH SETIAP BLOK (MENDIDIK ANAK ANAK DAN MENDISIPLINKAN DIRI UNTUK MENJAGA KEBERSIHAN).

Tindakan : Tidak dipersetujui oleh PSUPS.


- MENGADAKAN PROGRAM KEBERSIHAN BERSAMA PSUPS DAN MEMBINA PUSAT KITAR SEMULA DI KAWASAN FLAPERS.

Tindakan: akan diatur bersama pengerusi penganjur yang dilantik semasa mesyuarat RT KSL.


- MEMINTA AGAR PSUPS DAPAT MENGUATKUASAKAN BEBERAPA SYARAT YANG TERDAPAT DI DALAM PEKELIING PERATURAN DAN LARANGAN DALAM MENDIAMI RUMAH KERAJAAN SEPERTI LARANGAN MEMELIHARA KUCING (TERDAPAT ADUAN RAMAI PENGHUNI YANG MEMELIHARA KUCING YANG MENIMBULKAN BAU YANG TIDAK MENYENANGKAN), MENYIDAI PAKAIAN DI KAWASAN AWAM DSB. NYA.

Tindakan: surat pekeliling mengenai perkara ini telah diedarkan dan penekanan mengenai beberapa perkara walaubagaimanapun tajuk utama mengenai perihal binatang kucing yang dipelihara dan berkeliaran tidak disentuh dalam surat yang diedarkan dan Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas sebagai wakil penduduk yang rasmi tidak dicatat dalam surat edaran ini seperti yang telah diputuskan di dalam mesyuarat.


- MEMOHON DIBEKALKAN P.A SISTEM UNTUK KEGUNAAN PENGHUNI MENJALANKAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN DAN MENCADANGKAN AGAR PERSATUAN PENGHUNI DI JEMPUT DALAM APA APA AKTIVITI PSUPS DAN MEMOHON KERJASAMA DAN BANTUAN PSUPS DALAM APA JUA AKTIVITI / PROGRAM PERSATUAN PENGHUNI YANG ADA.

Tindakan: PSUPS berjanji akan membekalkan P.A sistem yang dipohon.


- MEMOHON KEPADA PSUPS JIKA ADANYA LAGI PERUNTUKAN DIBINA PUSAT KEMUDAHAN MASYARAKAT (COMMUNITY CENTER) ATAU KIOSK ATAU RUANG LEGAR UNTUK PENGHUNI YANG ADA BERKUMPUL BILA ADA MASA TERLUANG, MEMBINA SATU UNIT KEDAI RUNCIT MINI UNTUK DISEWA (MEMUDAHKAN PENGHUNI MEMBELI BARANGAN KEPERLUAN SEMASA, DAN MENCADANGKAN AGAR PSUPS DAPAT MEMBEKALKAN / MEMBINA INFRASTRUKTUR UNTUK CAPAIAN INTERNET TANPA WAYAR (WIFI) SAMA ADA PERCUMA ATAU BERBAYAR AKAN DIPERBINCANGKAN SECARA LEBIH DETAIL KELAK BERSESUAIAN DENGAN KEMAJUAN DAN PERKEMBANGAN DUNIA SEMASA BERSESUAIAN DENGAN STATUS KAKITANGAN YANG KEBANYAKKANNYA TINGGAL DI FLAPERS 5 INI YANG TERDIRI DARI PEGAWAI TINGGI KERAJAAN PERSEKUTUAN.

Tindakan: Kedai runcit daan perkhidmatan wireless /wifi tidak dipersetujui manakala yang lain akan dipertimbangkan.



- MENCADANGKAN AGAR DIADAKAN PUSAT SETEMPAT (ONE STOP CENTRE) ATAU PEGAWAI PSUPS YANG DITAULIAHKAN (LICENCE OFFICER) YANG MUNGKIN STAFF PSUPS YANG TINGGAL DI FLAPERS 5 PERIHAL ADUAN KEROSAKKAN YANG DIALAMI OLEH PENGHUNI.

Tindakan: tak ingat memohon kepada staff PSUPS mengedarkan salinan minit mesyuarat ini.


- MEMOHON AGAR DISEGERAKAN ASET KERAJAAN YANG TERDAPAT DI DALAM FLAT DISENARAIKAN UNTUK PERLUPUSAN BERDASARKAN TEMPOH PENGGUNAAN YANG SUDAH MELEBIHI HAD, DAN MEMOHON AGAR KAEDAH PENYENARAIAN INI DAN SISTEM PERLAKSANAAN DIPERBINCANGKAN UNTUK KEMUDAHAN SEMUA.

Tindakan: sedang dilaksanakan, surat dari PSUPS telah diedarkan jika ada penghuni yang ingin mendapatkan borang tersebut boleh dapatkan di laman ini hantar terus dan boleh juga melalui saya.


- MENCADANGKAN AGAR SISTEM PERPAIPAN DAN PEMBENTUNGAN YANG ADA DIUBAH REKA BENTUKNYA AGAR MASALAH SINKI ATAU TANDAS TERSUMBAT BOLEH DENGAN MUDAH DIPERBAIKI (U PAIP DILETAK KAN DI BAHAGIAN BAWAH FLAT)

Tindakan: sedang dalam perancangan, diurus oleh En. Marcus.


- MEMBEKALKAN PAM AIR BAGI RUMAH RUMAH TERES.

Tindakan: belum ada peruntukan untuk hal ini.


1. PERIHAL KESELAMATAN.

- MENCADANGKAN AGAR SISTEM PELEKAT KERETA DIPERKENALKAN DI SEMUA FLAPERS. - MEMOHON AGAR PENGAWAL KESELAMATAN YANG ADA MENURUNKAN PENGHADANG PINTU BESAR PADA MALAM HARI BERMULA JAM 9.00 MALAM MUNGKIN MANAKALA PINTU KECIL DI BELAKANG SURAU DI TUTUP PADA JAM 7.00 MALAM DAN PENANDA AMARAN DAN MAKLUMAN DILETAK BERSEBELAHAN PINTU TERSEBUT. - MENCADANGKAN AGAR SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN YANG ADA SEKARANG MEMBEKALKAN TALIAN TELEFON DI PONDOK KESELAMATAN UNTUK PENGHUNI BERHUBUNG DENGAN MEREKA DAN DESKRIPSI TUGASAN PENGAWAL KESELAMATAN DIPAMERKAN DI PAPAN KENYATAAN AWAM DAN MENGHARAPKAN AGAR DI ADAKAN PERJUMPAAN DENGAN PEHAK PENGURUSAN KAWALAN KESELAMATAN, PSUPS DAN PERSATUAN PENGHUNI PADA SUATU MASA KELAK DAN JIKA ADA PERUNTUKKAN MEMOHON DISEDIAKAN CCTV UNTUK KESELAMATAN DAN KEAMANAN

Tindakan: makluman dari Dato` Syarikat pengawal keselamatan akan ditamatkan perkhidmatannya menjelang Julai - Ogos tahun ini, cctv (tiada peruntukkan)


- MEMBINA BONGGOL DI JALANRAYA BARU DARI DEWAN MENUJU KE TABIKA PERPADUAN. - MERAYU AGAR TAMAN PERMAINAN YANG ADA DIPERBAIKI, DI NAIK TARAF DAN LAMPU YANG ADA SEKARANG DITUKAR KEPADA YANG LEBIH TERANG (TEMPAT REMAJA MELEPAK PADA SEBELAH MALAM) - PENUTUP PARIT KECIL DI DALAM KAWASAN TABIKA PERPADUAN DIPERBAIKI KERANA TELAH ROSAK (ADA BUDAK JATUH).

Tindakan: akan diambil perhataian manakala pembaikan kecil akan disegerakan.