Segala yang berkaitan dengan pentadbiran, aktiviti2, perancangan program dan fail fail RT Kompleks Sukan Likas ada di sini
Ruj. Tuan :
Tarikh : 17Hb. Julai – 2008
Kepada :
Ahli Jawatan Kuasa RT KSL.
Penghuni Baru dan Ahli Rukun Tetangga,
Flat Persekutuan Km.5,
Jalan Kompleks Sukan Likas,
88400 Kota Kinabalu.
PER: MAKLUMAN MENGENAI MESYUARAT PADA 16HB. JULAI 2008.
Adalah saya selaku Pengerusi Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas (RT KSL) dan juga jawatan kuasa penduduk yang diiktiraf oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah (PSUPS) memaklumkan kepada semua penghuni Flat Persekutuan Km.5 mengenai berberapa perkara yang diperbincangkan semasa mesyuarat penghuni pada 16Hb. Julai 2008.
1. SYARIKAT PENGAWAL KESELAMATAN: Perkhidmatan kawalan keselamatan telah ditamatkan kontrak perkhidmatan mereka berkuat kuasa pada 16Hb. Julai 2008 bermula pada jam 12.00 tengah malam.
2. PEMAKAIAN DEWAN: Satu ketetapan dari mesyuarat bersama PSUP pada 12Hb. Mei 2008 di bilik mesyuarat PSUPS memberi kuasa kepada Jawatan Kuasa RT KSL mengendali, mengawalselia pemakaian Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km.5, dan diputuskan pada mesyuarat RT KSL Bil. 01/0708 satu Jawatan Kuasa mengenai penggunaan dewan ini telah dibentuk, segala urusan pemakaian dewan hendaklah berhubung terus kepada Pengerusi RT KSL (019-8612758), Bendahari (En. Haidir Abdullah 014-8740100) atau Ketua Unit Biro Harta dan Inventori En. Abd. Rashid (019-5300575) duplikat kunci, buku log, jadual pemakaian dewan, syarat-syarat dan terma pemakaian, surat aku janji bagi peserta Karate-Do atau sebarang penggunaan secara percuma (jika diluluskan) akan disediakan pada masa terdekat.
3.PERTANGGUNGJAWABAN SESAMA PENGHUNI: Atas kesedaran “kediaman ku tanggung jawab ku” dan demi keharmonian, keselamatan dan keselesaan sesama kita, kami menyeru dan merayu kepada semua penghuni agar mengambil inisiatif dan secara sukarela melaksanakan perkara berikut:
1.Menghidup dan mematikan lampu bahagian bawah blok masing – masing pada jam 6.00 petang dan 6.00 pagi.
2.Menurunkan dan menaikkan penghadang pintu utama pada atau selepas jam 12.00 malam ketika keluar masuk kawasan Flat Persekutuan (akan dikaji semula selepas RT KSL mendapat maklum balas dari Ibu Pejabat Polis Bandaraya Kota Kinabalu)
3.Melihat dan mengambil sendiri bil – bil eletrik yang terbaru di tempat biasa (pondok keselamatan).
4.Mempastikan lot – lot parking yang telah dikhaskan dipatuhi arahannya.
5.Mematuhi pekeliling bagi menduduki Rumah Kediaman yang disediakan oleh kerajaan yang (antaranya telah pun dibangkitkan semasa mesyuarat bersama PSUPS) seperti membabitkan diri pada sebarang acara atau aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan, menjemur kain dan sebagainya di kawasan awam / terbuka, memelihara kucing, memandu laju di jalan raya baru yang tidak berbonggol dan lain – lain perkara membabitkan kepentingan bersama yang termaktub di dalam pekeliling perkhidmatan.
4.PERANCANGAN PROGRAM AKAN DATANG: Antara program terdekat yang akan dilaksanakan antaranya Sambutan Ishra Mikraj di Surau Flat Persekutuan, Hari Keluarga Flat Persekutuan cadangan pada 10Hb. Ogos 2008 dan mengadakan kembali kelas KAFA (untuk mendapatkan penyertaan anda sila taip nama pemohon jarak blok rumah jarak umur jarak minima – maksima bayaran bulanan dan hantar / sms ke 019-8612758 contoh ABD.LATIFF BIN HJ.MULUK D4-4 8THN. RM5-10) setelah senarai nama ini lengkap dan mencukupi jumlah penyertaan maka satu mesyuarat bersama mengenai hal ini akan diadakan .
Sekian, Terima Kasih.
Lawatan Jiran Wanita ke Pusat Kraftangan
| From Lawatan kekra... |
Sukaneka Tabika Perpaduan Peringkat Bandaraya K.K.
| From SUKAN PERPADU... |
Mesyuarat Bersama Dato` Ismail Wadin
MESYUARAT PERSATUAN PENGHUNI BERSAMA Y.BHG DATUK
ISMAIL HJ. WADIN SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH
BIL.1 TAHUN 2008.
TEMPAT : BILIK MESYUARAT PSUPS.
JAM : 9.00 PAGI.
TARIKH: ISNIN 12HB. MEI 2008.
ISU, PENAMBAHBAIKKAN YANG DI UTARAKAN :
1. PERIHAL PARKING LOT.
- MENGADAKAN BANCIAN LOT DAN PENANDAAN PARKING.
Tindakan: telah dilaksanakan terima kasih Dato`
- MANAKALA MEMOHON MENCADANGKAN AGAR PIHAK PSUPS DAPAT MEMAKLUMKAN KEPADA PENGHUNI SISTEM PARKING DI BAWAH BLOK TERSEBUT (D DAN E) ADALAH BERDASARKAN YANG DAHULU MASUK DI DAHULUKAN (PENGHUNI YANG TELAH LAMA MENDIAMI KAWASAN FLAPERS ADALAH LEBIH LAYAK / BERHAK UNTUK MENDUDUKI RUANG PARKING YANG TELAH DIKOSONGKAN OLEH PENGHUNI YANG KELUAR)
Tindakan: terkini PSUPS mengadakan sistem penandaan Lot Parking bernombor untuk setiap lot rumah. dan pehak RT KSL memohon agar penguatkuasaan perkara ini bermula apabila sahaja atap berbumbung bagi pemilik lot di kawasn trbuka siap di bena.
2. PERIHAL BIL AIR.
- MERAYU KEPADA PSUPS MENCADANGKAN KAEDAH TERBAIK DALAM MEMUDAHCARAKAN SISTEM PEMBAYARAN BIL AIR DAN MENYEGERAKAN PERLAKSANAAN SISTEM METER INDIVIDU.
Tindakan: banyak idea telah ditimbulkan semasa perbincangan ini yang pasti belum dapat diputuskan.
3. MASALAH KEBERSIHAN.
- MEMOHON DISEDIAKAN TONG SAMPAH KECIL DI BAWAH SETIAP BLOK (MENDIDIK ANAK ANAK DAN MENDISIPLINKAN DIRI UNTUK MENJAGA KEBERSIHAN).
Tindakan : Tidak dipersetujui oleh PSUPS.
- MENGADAKAN PROGRAM KEBERSIHAN BERSAMA PSUPS DAN MEMBINA PUSAT KITAR SEMULA DI KAWASAN FLAPERS.
Tindakan: akan diatur bersama pengerusi penganjur yang dilantik semasa mesyuarat RT KSL.
- MEMINTA AGAR PSUPS DAPAT MENGUATKUASAKAN BEBERAPA SYARAT YANG TERDAPAT DI DALAM PEKELIING PERATURAN DAN LARANGAN DALAM MENDIAMI RUMAH KERAJAAN SEPERTI LARANGAN MEMELIHARA KUCING (TERDAPAT ADUAN RAMAI PENGHUNI YANG MEMELIHARA KUCING YANG MENIMBULKAN BAU YANG TIDAK MENYENANGKAN), MENYIDAI PAKAIAN DI KAWASAN AWAM DSB. NYA.
Tindakan: surat pekeliling mengenai perkara ini telah diedarkan dan penekanan mengenai beberapa perkara walaubagaimanapun tajuk utama mengenai perihal binatang kucing yang dipelihara dan berkeliaran tidak disentuh dalam surat yang diedarkan dan Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas sebagai wakil penduduk yang rasmi tidak dicatat dalam surat edaran ini seperti yang telah diputuskan di dalam mesyuarat.
- MEMOHON DIBEKALKAN P.A SISTEM UNTUK KEGUNAAN PENGHUNI MENJALANKAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN DAN MENCADANGKAN AGAR PERSATUAN PENGHUNI DI JEMPUT DALAM APA APA AKTIVITI PSUPS DAN MEMOHON KERJASAMA DAN BANTUAN PSUPS DALAM APA JUA AKTIVITI / PROGRAM PERSATUAN PENGHUNI YANG ADA.
Tindakan: PSUPS berjanji akan membekalkan P.A sistem yang dipohon.
- MEMOHON KEPADA PSUPS JIKA ADANYA LAGI PERUNTUKAN DIBINA PUSAT KEMUDAHAN MASYARAKAT (COMMUNITY CENTER) ATAU KIOSK ATAU RUANG LEGAR UNTUK PENGHUNI YANG ADA BERKUMPUL BILA ADA MASA TERLUANG, MEMBINA SATU UNIT KEDAI RUNCIT MINI UNTUK DISEWA (MEMUDAHKAN PENGHUNI MEMBELI BARANGAN KEPERLUAN SEMASA, DAN MENCADANGKAN AGAR PSUPS DAPAT MEMBEKALKAN / MEMBINA INFRASTRUKTUR UNTUK CAPAIAN INTERNET TANPA WAYAR (WIFI) SAMA ADA PERCUMA ATAU BERBAYAR AKAN DIPERBINCANGKAN SECARA LEBIH DETAIL KELAK BERSESUAIAN DENGAN KEMAJUAN DAN PERKEMBANGAN DUNIA SEMASA BERSESUAIAN DENGAN STATUS KAKITANGAN YANG KEBANYAKKANNYA TINGGAL DI FLAPERS 5 INI YANG TERDIRI DARI PEGAWAI TINGGI KERAJAAN PERSEKUTUAN.
Tindakan: Kedai runcit daan perkhidmatan wireless /wifi tidak dipersetujui manakala yang lain akan dipertimbangkan.
- MENCADANGKAN AGAR DIADAKAN PUSAT SETEMPAT (ONE STOP CENTRE) ATAU PEGAWAI PSUPS YANG DITAULIAHKAN (LICENCE OFFICER) YANG MUNGKIN STAFF PSUPS YANG TINGGAL DI FLAPERS 5 PERIHAL ADUAN KEROSAKKAN YANG DIALAMI OLEH PENGHUNI.
Tindakan: tak ingat memohon kepada staff PSUPS mengedarkan salinan minit mesyuarat ini.
Tindakan: sedang dilaksanakan, surat dari PSUPS telah diedarkan jika ada penghuni yang ingin mendapatkan borang tersebut boleh dapatkan di laman ini hantar terus dan boleh juga melalui saya.
Tindakan: sedang dalam perancangan, diurus oleh En. Marcus.
- MEMBEKALKAN PAM AIR BAGI RUMAH RUMAH TERES.
Tindakan: belum ada peruntukan untuk hal ini.
1. PERIHAL KESELAMATAN.
Tindakan: makluman dari Dato` Syarikat pengawal keselamatan akan ditamatkan perkhidmatannya menjelang Julai - Ogos tahun ini, cctv (tiada peruntukkan)
Tindakan: akan diambil perhataian manakala pembaikan kecil akan disegerakan.
Terima kasih dari kami kepada anda berdua..
| From Majlis perpis... |
PROGRAM LAWATAN INTERGASI NASIONAL 2008
HINGGA JUMPA LAGI DI MASA AKAN DATANG ,PERSAHABATAN KITA INI MOGA BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT HENDAKNYA, SALAM UNTUK SEMUA
| From INTEGRASI NAS... |