| From Majlis perpis... |
Segala yang berkaitan dengan pentadbiran, aktiviti2, perancangan program dan fail fail RT Kompleks Sukan Likas ada di sini
Terima kasih dari kami kepada anda berdua..
Selamat Menempuh cabaran dan kesibukkan baru di mana anda jua berada dan terima kasih dari kami warga warga kerja Jawatan Kuasa Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas, walau hanya sekeping sijil dan cendera kenangan sahaja yang termampu kami berikan di atas sumbangan tuan - tuan berdua selama ini..Tuan Hj. Rahman Yahaya yang telah menjadi ahli RTKSL ini selama hampir 10 tahun En. Ismail Daim walaupun kita berjiran jauh berlainan Flat Persekutuan namun sumbangan sumbangan anda berdua dari segi masa, sokongan moral bantuan idea, tenaga dan penglibatan anda berdua yanga cukup aktif dalam organisasi ini amat sukar untuk di bandingkan hanya Allah sahaja yang layak membalas budi baik, jasa tuan berdua satu kehilangan yang amat besar bagi kami moga Rahmat dan keredhaan dari Allah senantiasa bersama anda tidak kira di mana anda berdua juga berada dan yang pasti sambutan majlis perpisahan buat anda berdua ini adalah yang paling berprestij berbanding majlis perpisahan para AJK sebelum ini terima kasih kepada pehak Jabatan Perpaduan kerana memberikan kami idea yang bernas untuk menjayakan majlis ini (Restoran Nelayan RM40++ perperson)seperti kata saudara Ismail ni boleh buat kenduri sekampung...
PROGRAM LAWATAN INTERGASI NASIONAL 2008
SALAM PERPADUAN DAN SELAMAT KEMBALI KE PANGKUAN KELUARGA SEBENAR KEPADA SEMUA PESERTA LAWATAN INTEGRASI NASIONAL TAHUN 2008 SEMOGA APA YANG ANDA TELAH PELAJARI, ALAMI MENJADI IKTIBAR, PENGALAMAN DAN KENANGAN YANG AMAT BERHARGA BUAT SEMUA, INSYA ALLAH.
DAN SEBAGAIMANA YANG SAYA TELAH JANJIKAN BERSAMA INI SAYA SERTAKAN LINK KE LAMAN GAMBAR KITA SEMUA SEMASA BERADA DI SANA UNTUK ANDA DOWNLOAD (CARANYA KLIK KANAN GAMBAR TERSEBUT SAVE PIC ATAU CARI ARAHAN UNTUK DOWNLOAD GAMBAR TERSEBUT)
HINGGA JUMPA LAGI DI MASA AKAN DATANG ,PERSAHABATAN KITA INI MOGA BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT HENDAKNYA, SALAM UNTUK SEMUA
| From INTEGRASI NAS... |
Mesyuarat JPTP Tabika Perpaduan
Mesyuarat JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan Km.5 telah diadakan pada Ahad 3Hb. ebruari 2008 jam 4.00 petang walaupun saya tidak dapat jhadir atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan. dan antara yang saya ketahui salah satu agenda utama dalam mesyuarat ini adalah penganjuran Sukaneka peringkat Bandaraya Kota Kinabalu yang akan dianjurkan oleh Tabika Perpaaduan Kompleks Sukan Likas ini (tugas yang amat berat bagi Tabika yang cuma ada lebih kurang 28 murid) anyway Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas akan membantu sedaya upaya dalam program ini kelak yang dijangka akan di adakan pada bulan April, nantikan perkembangan dari kami mengenai Program ini...
Pada pagi 19Hb. Januari Program Senamrobik anjuran RT KSL dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah telah diadakan di Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km. 5, (atas kesilapan teknikal tarikh dan jam kamera RT KSL adalah salah)
the rest are here :

the rest are here :
Langgan:
Catatan (Atom)