Segala yang berkaitan dengan pentadbiran, aktiviti2, perancangan program dan fail fail RT Kompleks Sukan Likas ada di sini

KAMI TELAH BERPINDAH !!!!

KAMI TELAH BERPINDAH..

Oleh kerana laman ini telah menghampiri kuota maksimum dalam status penggunaanya ?? , sememangnya banyak cara untuk menyimpan secara percuma sebarang gambar, dokumen, fail minit dsb. nya di laman ini. Cuma bagi pehak admin RT KSL sempena tahun 2009 ini saya ingin mengadakan pembaharuan dengan laman yang lebih kemas, teratur dan nama yang senang untuk diingati. justeru itu sesiapa yang ingin mengetahui perkembangan lebih lanjut hal ehwal semasa Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas bolehlah singgah ke laman ini dan bagi penghuni Flat Persekutuan Km. 5 dan yang sewaktu dengannya kami juga menyediakan laman interaksi sesama kita ja.. keahlian hanya dibuka kepada penghuni warga Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas sahaja dan berdasarkan jemputan dan approval terlebih dahulu dari pehak admin RT KSL by the way new email to rtksl.admin@gmail.com yang lama masih digunapakai cuma yang baru ni lebih senang nak ingat jika ada sebarang komen, cadangan, pertanyaan lebih lanjut emel kami di rtksl.admin@gmail.com

BARISAN AJK RT KSL PENGGAL 2009 -2010



BARISAN AJK RT KSL PENGGAL 2009 -2010.


PENGERUSI : ABD. LATIFF BIN HJ. MULUK.
TIMBALAN PENGERUSI : KASTIAN BIN HJ. DULLAH.

SETIAUSAHA : PN. ISWALAH ARSHAD.
TIMBALAN SETIAUSAHA : PN. ALOHA RAMLI.

BENDAHARI : BAILON GOLUTIN.
TIMBALAN BENDAHARI : MD. HAIDIR ABDULLAH.

KETUA JIRAN WANITA : PN. SALMAH LABULLA.
TIMBALAN KETUA JIRAN WANITA : PN. SITI WALIAH HJ. SIDAH.

KETUA JIRAN MUDA : MD. FADHIL BIN ABD. RAHAMN.
TIMBALAN KETUA JIRAN MUDA : MOHD. AERISH ALI.

KETUA TUNAS JIRAN : KHAIRUDDIN BAKAR.

JURU AUDIT I : TN. HJ. MEJAR MOHD. ZAIN.
JURU AUDIT II : ABD. RASHID AWANG TUAH.

AHLI JAWATAN KUASA RT KOMPLEKS SUKAN LIKAS :

14. TAIB MUSAH.
15. NURAZLAN @ ATAI.
16. MOHAMADSHA.
17. RADIANSHAH.
18. PN. DAYANGKU INTAN
19. PN. NOORASHIKIN JEKRAH.
20. PN. RANNAH AMEDE.
21. PN. JUNIDAH MANGGAM.
22. PN. MAIMONAH AWANG ALI.

TIADA DALAM GAMBAR..

23. ISMAIL DAIM.
24. AZIZUL ALIAS.
25. PN. AIDA ADHA.







Barbeque Malam Tahun Baru 2009

Selamat Tahun Baru 2009 ....

Moga di tahun ini menjanjikan lagi kecemerlangan dalam organisasi kita..mari kita mulakan langkah baru dan yang lama jadikanlah iktibar dan pengajaran bagi kita yang baik menjadi ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran.. yang buruk mejadi sempadan, ingatan dan teladan

Salam Tahun Baru dari kami warga RT KSL

MESYUARAT PEMBUBARAN DAN PERLANTIKAN JAWATAN KUASA RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS PENGGAL 2009 – 2010.

MESYUARAT PEMBUBARAN DAN PERLANTIKAN JAWATAN KUASA RUKUN TETANGGA  KOMPLEKS SUKAN LIKAS  PENGGAL 2009 – 2010.

BIL. :           2/12 (2008)

 

Kepada :

 

Ahli Jawatan Kuasa RT KSL

Penghuni Flat Persekutuan Km.5,

Jalan Kompleks Sukan Likas,

88400 Kota Kinabalu.

 

TARIKH : 1Hb. JANUARI  2009.

 

MASA : JAM 3.00 PETANG.

 

TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA FLAT PERSEKUTUAN KM.5.

 

Agenda :

1.                      Perutusan dari Wakil Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah.

2.                    Ucapan dari Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional N. Sabah.

3.                    Ucapan Pengerusi RT Kompleks Sukan Likas.

4.                   Pembentangan Laporan Kewangan RT KSL 2007 – 2008.

5.                   Laporan senarai Inventori aset RT KSL oleh En. Abd. Rashid Ag. Tuah.

6.         Perlantikan Pengerusi Majlis dan pemilihan AJK RT KSL penggal 2008 - 2010.

7.         Sesi bergambar, Jamuan ringan.

8.         Majlis di jangka selesai.

 

    Adalah kami semua Ahli Jawatan Kuasa Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas mengharap agar semua warga Flat Persekutuan Km.5 agar hadir memeriahkan mesyuarat terakhir pada 2008 ini.

 

Sekian, Terima Kasih.

Barbeque di ambang 2009


BARBEQUE MALAM TAHUN BARU 2009


Ahli Jawatan Kuasa RT KSL

Penghuni Flat Persekutuan Km.5,

Jalan Kompleks Sukan Likas,

88400 Kota Kinabalu.

TARIKH : 31Hb. DISEMBER  2008.

 

MASA : JAM 8.00 – 12 MALAM.

 

TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA FLAT PERSEKUTUAN KM.5.

 Acara :

ü       7,30 malam : Penyediaan makan malam oleh Jira Wanita FlaPers Km.5

ü                                     Barbeque disediakan oleh Jiran Muda FlaPers Km.5    

  (Sumbangan juadah untuk makan malam adalah amat dialu alukan)

ü                                    Makan malam

ü                                    Fun time , karaoke.

ü       12.00 malam: Acara di jangka selesai

Adalah kami semua Ahli Jawatan Kuasa Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas mengharap agar semua warga Flat Persekutuan Km.5 hadir memeriahkan program terakhir pada 2008 ini.

Sekian, Terima Kasih.

Semoga sukses selalu, salam perpisahan

From Majlis Perpisahan Md Ishak


Semoga berjumpa lagi.

Segala jasa dan sumbangan anda selama ini hanya Allah sahaja yang layak membalasnya.

Salam Perpisahan buat En. Mohd. Ishak Awang Bin Awang Besar.



Salam Perpisahan, Tahniah dan selamat menempuh hidup dan kerjaya baru.

Firstly. kami mengucapkan setinggi - tinggi tahniah buat warga Flat Persekutuan Km.5 yang juga salah seorang AJK RT KSL yang banyak memberi bantuan, sokongan, panduan, cadangan buat kita semua selama perjuangan kita ini bermula dari tahun 2004 lagi ianya ditubuhkan. En. Mohd. Ishak Bin Awang Besar, merupakan salah seorang warga Flapers 5, tidak terlambat untuk saya menceritakan disini beliau adalah kakitang di Jabatan Penerangan Malaysia cawangan Sabah, bermula sebagai pegawai Pembantu Penerangan S17 telah mendapat kenaikan pangkat ke gred S27 (di daerah Papar) melalui sistem KPSL (kalau tidak silap awal tahun ini juga, Shak sila komen untuk saya edit)dan baru baru ini telah dinaikkan pangkat sekali lagi ke jawatan Pegawai Penolong Penerangan S32, dan untuk mengisi jawatan ini yang buat masa ini tidak ada kekosongan di Negeri Sabah, beliau hendaklah bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Penerangan Malaysia. dan pada 17hb. Oktober ini bermulalah alam baru bagi beliau, kejiranan serba baru, suasana persekitaran, pekerjaan semua serba serbi baru, kami panjatkan doa agar beliau terus sukses dalam kerjaya dan keluarga. Amin.

P/S : majlis sambutan perpisahan untuk beliau akan diadakan di Surau Flapers 5, pada hari selasa (malam Rabu) ini pada lepas Maghrib ke Isyak. (Datang jangan tak datang) anjuran Surau Flapers yang mana beliau adalah merupakan Setiausaha Jawatan Kuasa Surau Flapers 5, dan kami pasti selepas ini beliau akan datang kembali buat seketika untuk menguruskan ahli keluarga beliau yang akan menyusul pada penghujung tahun ini.

TAHNIAH BAGI WARGA FLAT DI HARIJADI T.Y.T

ASSSALAMUALAIKUM...

Masih kita dalam bulan Syawal dan ucapan dari kami Ahli Jawatan Kuasa Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan mohon maaf, Maaf Zahir dan Batin sepanjang kita berjiran selama ini, terkasar bahasa, termakan, terminum , terumpat dan sebagainya kami memohon maaf, maaf, maaf zahir dan batin.

di kesempatan ini kami mengucapkan sekalung tahniah dan setinggi penghargaan buat warga Flat Persekutuan Km.5 (dan bekas warga Flapers.5) yang telah menerima anugerah darjah kebesaran sempena harijadi T.Y.T yang ke 62 tahun baru baru ini di Istana Negeri antara senarai nama tersebut adalah:

1: Pn. Normah Gagoh PGDK (beliau adalah bekas warga Flapers.5)
2: Pn. Maimonah Binti. Hj. Awang Ali
BSK.
3: En. Binetek Gimau
BK.
4: Pn. Hajjah Habib Saifah Binti Habib Ahmad
BK.

Tahniah sekali lagi dari kami warga RT KSL.

MOREH SEPANJANG RAMADHAN




Ruj. Kami : RTKSL/S/001(0908)

Tarikh : 31Hb. Ogos - 2008

Kepada :

Semua Penghuni Flat Persekutuan Km.5,

Jalan Kompleks Sukan Likas,

Kota Kinabalu.

Tuan /Puan,


PER : SUMBANGAN RAMADHAN AL-MUBARAQ (MOREH).


Kepada tuan - puan yang ingin ber AMAL JARIAH sempena Bulan Ramadhan Al Mubaraq ini bolehlah menghantar terus ke surau mengikut tarikh – tarikh yang ditetapkan ini (Lampiran disertakan). JADUAL INI HANYA CADANGAN SAHAJA DAN TIADA PAKSAAN DALAM AMALAN BERSEDEKAH. Perubahan terkini terdapat melalui papan kenyataan di Surau Flat Persekutuan Km.5.

2. (Untuk mengelakkan pembaziran dan persamaan menu, bagi sesiapa yang tidak bersetuju kepada tarikh yang ditetapkan bolehlah bertukar secara suka sama suka dengan jiran anda dan bagi yang tidak mempunyai masa dan hanya ingin menyumbang wang ringgit sahaja bolehlah berhubung terus dengan Pengerusi Surau (Ustadz Hafizullah 019-8608724) @ Pengerusi RT KSL (Abd Latiff Hj. Muluk 088-243069 Rmh. / 019-8612758)

3. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan puan, moga moga segala amal yang kita kerjakan sepanjang Bulan Ramadahan Al Mubaraq ini diterima dan mendapat Redha dari Nya. Amin…


Sekian, Terima Kasih.







Ramadhan Al Mubaraq




SELAMAT BERPUASA



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAQ..

SEMOGA AMALAN KITA DI BULAN INI DIREDHAI OLEH ALLAH S.W.T

Salam Perpisahan dan Selamat Maju Jaya

Dari kami warga Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas mengucapkan jutaan terima kasih terhadap sumbangan anda berdua sejak Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas ini di tubuhkan (200-2008) jasa dan sumbangan anda berdua dan keluarga tidak dapat kami lupakan disebalik kesibukan duniawi dan tugasan anda sebagai Pengarah Kesatuan Hal Ehwal Sekerja Negeri Sabah dan Puan Hajjah sebagai Pegawai HEM semangat, pengorbanan dan kesanggupan anda berdua memikul tanggung jawab sebagai Timbalan Pengerusi Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas, Pengerusi Surau Flat Persekutuan Km.5 dan buat Puan Hajjah Sharifah Ketua Jiran Wanita adalah satu contoh dan iktibar untuk kami semua dan kami warga RT KSL merasakan kehilangan yang amat besar yang sukar untuk dicari pengganti. Moga moga Allah SWT memberkati dan memberikan kepada anda dan keluarga kehidupan yang lebih baik dari sekarang, dan masa hadapan yang lebih gemilang, selamat menempuh alam kejiranan baru dan jika ada masa singgah dan jenguk jenguklah kami yang masih menumpang di KRT ini.

JAWATAN PENGERUSI BARU SURAU (MEMANGKU) : USTADZ HAFIZULAH
JAWATAN TIMBALAN PENGERUSI BARU RT KSL (MEMANGKU) : EN. KHAIRUDIN BAKAR.

Untuk Perhatian semua Majlis Perpisahan bagi kedua mereka ini akan diraikan pada 28Hb. Ogos 2008 Hari Khamis malam Jumaat) bertempat di Surau Flat Persekutuan Km.5, bermula selepas jam 6.30 petang. Aturcara sambutan majlis
: Sembahyang Maghrib.
: Bacaan Yasin dan Tahlil.
: Tazkirah, Kenduri Menyambut Awal Ramadhan dan Doa Selamat.
: Penyampaian Cenderakenagan dan sijil penghargaan.
: Sembahyang Isyak.
: Makan malam - bersurai.

Posted by Picasa
Ruj.Kami:RTKSL/H(0808/01)
Ruj. Tuan :

Tarikh : 14Hb. Ogos 2008

Kepada :


Kakitangan Pejabat SUPS.

Penghuni Flat Persekutuan Km.5,

Jalan Kompleks Sukan Likas,

88400Kota Kinabalu.


Tuan – Puan , Datuk – Datin.


PER : Sambutan Israk Miraj dan Majlis Kenduri (Akikah).


Adalah saya mewakili Kawasan Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas

dengan ini segala besar hatinya memaklumkan kepada tuan – puan ,

Datuk – Datin mengenai perkara di atas..


  1. Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas dengan kerjasama Jawatankuasa

Surau Flat Persekutuan Km. 5 akan menganjurkan Sambutan Israk Miraj

pada 17Hb. Ogos 2008.

Aturcara :

7.00 pagi :

Sarapan.

7.30 pagi :

Berkumpul di tepi belakang Surau Flat Persekutuan Km.5 untuk bergotong royong memotong, melapah sapi (sebanyak 2 ekor)

11.00pagi:

Makan tengah hari.

6.30 ptg. :

Sembahyang Maghrib.

6.50mlm.:

Ceramah dan slideshow Israk Miraj oleh Ustadz Norzam Bin Mohd. Senin

(S.M.K Perempuan Likas).

7.55mlm.:

Sembahyang Isyak.

8.20mlm.:

Kenduri Doa Selamat.

8.35mlm.:

Makan dan bersurai.


3. Segala sumbangan (makanan atau wang ringgit) bagi menjayakan majlis

ini adalah dialu – alukan dan pihak kami mendahului dengan ucapaan

jutaan terima kasih hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala

jasa baik tuan - puan.

Sekian.




JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT



Ruj. Kami : RTKSL/HM/001(0708)

Ruj. Tuan :

Tarikh : 17Hb. Julai – 2008


Kepada :


Ahli Jawatan Kuasa RT KSL.

Penghuni Baru dan Ahli Rukun Tetangga,

Flat Persekutuan Km.5,

Jalan Kompleks Sukan Likas,

88400 Kota Kinabalu.


PER: MAKLUMAN MENGENAI MESYUARAT PADA 16HB. JULAI 2008.


Adalah saya selaku Pengerusi Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas (RT KSL) dan juga jawatan kuasa penduduk yang diiktiraf oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah (PSUPS) memaklumkan kepada semua penghuni Flat Persekutuan Km.5 mengenai berberapa perkara yang diperbincangkan semasa mesyuarat penghuni pada 16Hb. Julai 2008.


1. SYARIKAT PENGAWAL KESELAMATAN: Perkhidmatan kawalan keselamatan telah ditamatkan kontrak perkhidmatan mereka berkuat kuasa pada 16Hb. Julai 2008 bermula pada jam 12.00 tengah malam.
2. PEMAKAIAN DEWAN: Satu ketetapan dari mesyuarat bersama PSUP pada 12Hb. Mei 2008 di bilik mesyuarat PSUPS memberi kuasa kepada Jawatan Kuasa RT KSL mengendali, mengawalselia pemakaian Dewan Serbaguna Flat Persekutuan Km.5, dan diputuskan pada mesyuarat RT KSL Bil. 01/0708 satu Jawatan Kuasa mengenai penggunaan dewan ini telah dibentuk, segala urusan pemakaian dewan hendaklah berhubung terus kepada Pengerusi RT KSL (019-8612758), Bendahari (En. Haidir Abdullah 014-8740100) atau Ketua Unit Biro Harta dan Inventori En. Abd. Rashid (019-5300575) duplikat kunci, buku log, jadual pemakaian dewan, syarat-syarat dan terma pemakaian, surat aku janji bagi peserta Karate-Do atau sebarang penggunaan secara percuma (jika diluluskan) akan disediakan pada masa terdekat.
3.PERTANGGUNGJAWABAN SESAMA PENGHUNI: Atas kesedaran “kediaman ku tanggung jawab ku” dan demi keharmonian, keselamatan dan keselesaan sesama kita, kami menyeru dan merayu kepada semua penghuni agar mengambil inisiatif dan secara sukarela melaksanakan perkara berikut:
1.Menghidup dan mematikan lampu bahagian bawah blok masing – masing pada jam 6.00 petang dan 6.00 pagi.
2.Menurunkan dan menaikkan penghadang pintu utama pada atau selepas jam 12.00 malam ketika keluar masuk kawasan Flat Persekutuan (akan dikaji semula selepas RT KSL mendapat maklum balas dari Ibu Pejabat Polis Bandaraya Kota Kinabalu)
3.Melihat dan mengambil sendiri bil – bil eletrik yang terbaru di tempat biasa (pondok keselamatan).
4.Mempastikan lot – lot parking yang telah dikhaskan dipatuhi arahannya.
5.Mematuhi pekeliling bagi menduduki Rumah Kediaman yang disediakan oleh kerajaan yang (antaranya telah pun dibangkitkan semasa mesyuarat bersama PSUPS) seperti membabitkan diri pada sebarang acara atau aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan, menjemur kain dan sebagainya di kawasan awam / terbuka, memelihara kucing, memandu laju di jalan raya baru yang tidak berbonggol dan lain – lain perkara membabitkan kepentingan bersama yang termaktub di dalam pekeliling perkhidmatan.

4.PERANCANGAN PROGRAM AKAN DATANG: Antara program terdekat yang akan dilaksanakan antaranya Sambutan Ishra Mikraj di Surau Flat Persekutuan, Hari Keluarga Flat Persekutuan cadangan pada 10Hb. Ogos 2008 dan mengadakan kembali kelas KAFA (untuk mendapatkan penyertaan anda sila taip nama pemohon jarak blok rumah jarak umur jarak minima – maksima bayaran bulanan dan hantar / sms ke 019-8612758 contoh ABD.LATIFF BIN HJ.MULUK D4-4 8THN. RM5-10) setelah senarai nama ini lengkap dan mencukupi jumlah penyertaan maka satu mesyuarat bersama mengenai hal ini akan diadakan .


Sekian, Terima Kasih.